Tuesday, 25 November 2014

Ulser!! Auchh!! Menyakitkan!!

Ulser???

kalau kena ulser ni mmg tak lalu nk makan la jawabnya. .
Nak gosok gigi pon sahakit..
Nak tidur pon blh terganggu dgn ulser ni...
Nak bercakap pon malas bila kena ulser ni...
Dengar org membebel, mula la nk naik hantu..sb kita tgh sakit mulut kan...boleh dibawa bergaduh nga laki ni klau x kena cara...kekeke...
pendek kata boleh tak tenteram la hidup...hihi..

**Jom kenali Ulser..
Ulser ni ialah bintik putih yg naik@ ada dlm mulut, gusi, lidah dan kawasan mulut... bintik putih ni disekelilingnya ada lingkaran merah².. seperti kawah gunung berapi..hahahaha...

**Macamne Ulser ni boleh menyerang??
Pada kebiasaannya, kalau saya lah... Ulser menyerang bila tergigit dinding mulut@ lidah semasa makan, atau terberus gigi dgn kasar..pastu terkena gusi...adoiiii...masa tu rasa nk patah² kan je berus gigi tu...hihi...(salah sendiri jgk...gopoh sgt)..

Ada juga berlaku disebabkan jangkitan kuman.. macam2 sebab la...

Kekerapan berlaku??
Kalau saya sebulan sekali mesti kena ulser ni... Bila naik tompokan putih tu, dia akan membesar dgn jayanya... masa ni bapak hang!! sakit nya... Tuhan saja yg tahu...

Akibat bila ulser ni berlaku??
** bibir blh merekah sb dehidrasi
** nk makan pon susah
** nk gosok gigi pon payah
** nk bercakap lagi la....
** nk senyum pon malasss...hihi..

Solutionnya::

Dulu²... sy guna air garam bancuh pastu kumur²... ni suami yg ajar... Sakit ooooo!!! pedih kena air garam...

Pastu suami ajar kumur dgn listerine( ye ke tak ejaannya)...2×5je sakitnya... pastu berpanjangan plk tu sampai 5@6 hari... kadang² boleh jd 2 minggu sakit ni..fobia mak!!

Sekarang saya dah jumpa solution yg paling mudah... Jeng...jeng..


Vitamin C Sustaine Release - telan ni 2 bji sehari dalam 2@3 hari dah sembuh... mmg menjadi!sekarang saya dah tak takut lagi pada ulser...hihihi...

Vitamin C ni jimat... sebotol ada 180 biji... sehari sebiji jer... tp in case kalau saya kena ulser @selsema saya akan gandakan pengambilannya.... 

ok next entry kita citer kelebihan Vitamin C..kenapa Vitamin C mampu melegakan penyakit Ulser ni...


Ok bai!!

Nak order Shaklee pm la kiter...

017-9287250

Faizah Kmz

Sunday, 23 November 2014

10 Tips untuk jadi IBU BAPA HEBAT!!

Utk para ibu2 tersyg...
Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah


Friday, 21 November 2014

KEISTIMEWAAN WANITA BERGELAR IBU..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم                                                                                 MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.1

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…

Kirimkan kpd Sahabat-2 Yg Kamu Sayangi Semoga
Hidup Kita Akan Bahagia Kerana Mereka Juga akan Mendoakan kamu…
Wassalam

Ust. Sihabuddin Muhaemin.

Tuesday, 18 November 2014

VITAMIN C SUSTAINE RELEASE





VITAMIN C SUSTAINE RELEASE

# Tugas utama vitamin C ni adalah mengekalkan tahap kolagen dalam tubuh manusia. Macam yang kita tau kolagen ni untuk mengekalkan kulit supaya nampak anjal dan muda jelita, tapi sebenarnya bukan itu saja, fungsi utama kolagen adalah sebagai tisu penghubung dalam kulit, ligamen dan tulang. Tugas lain vitamin C adalah seperti membantu dalam penyembuhan luka, menghalang jangkitan penyakit dan membantu mengendalikan stress.

**************************************************
Manfaat daripada pengambilan vitamin C adalah terlalu banyak. Tahu tak bahawa Vitamin C juga sebenarnya mengambil peranan dalam pembentukan dan susunan gigi dan tulang serta melindungi dentin dan juga pulpa gigi.

++ Vitamin C memainkan peranan dalam penyembuhan luka dan melecur. Ini adalah kerana ia memudahkan pembentukan jaringan tisu pada bekas luka. Selain itu, ia juga membantu membentuk sel darah merah dan mencegah pendarahan.

++ Vitamin C juga menghalang jangkitan bakteria dan membantu mengurangkan risiko alergi kepada tubuh badan. Oleh kerana itu, Vitamin C sering digunakan untuk menghalang dan mengubati jangkitan selesema.

++ Vitamin C juga dikatakan menurunkan kolestrol dalam darah pesakit yang mengalami arteriosclerosis. Dengan pertambahan umur, lebih banyak Vitamin C yang diperlukan kerana lebih banyak Vitamin C yang diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kalau cukup vitamin C kulit pun lambat berkedut. So tak payah gaduh nak suntik-suntik kolagen bagai.

Dalam keadaan yang tertekan pula, tahap penggunaan vitamin C akan meningkat. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan perlu diambil sentiasa bagi mereka yang sering berada dalam keadaan yang tertekan. Ini penting bagi membolehkan seseorang itu melakukan tindakan yang bertepatan dan mengikut tatasusila manusia. Mungkin orang sekarang tak cukup vitamin C agaknya... Sebab tu la ramai yang bertindak semakin ganas dan kejam kan??

Banyak sungguh keperluan Vitamin C dalam tubuh manusia ni kan? Tapi utk mendapatkan semua itu anda perlu memilih vitamin C yang terbaik

CoQ10 Shaklee ~ Terbaik Untuk Kesihatan dan Jantung





CoQ10 Shaklee Terbaik Untuk Kesihatan dan Jantung

Apa itu CoQ10

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setia saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

Kelebihan CoQ10

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antaran saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

B-Complex ~ Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

B-Complex 

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
tenaga.*
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang
mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Kod Produk 10164 (120 pil)

Sunday, 9 November 2014

~Penkek Vanila Ibu~

Assalamualaikum...
Kali ni entry ttg masakan...
Bajet hot plak bila ada yg mtk resepi Penkek Vanila Ibu ni...

ni Penkek Vanila Ibu

Alkisahnya Penkek Vanilla ni hnya ibu buat bila time ayah outstation jer..sb bila ayah ada kt rumah, ayah tak suka penkek.. dia kta baik mkn lempeng..sb dia jiwa kampung..hahahaha...siap ckp lagi ibu ni jiwa mat salleh..masak pon suka wastern² bagai...hihi..

ok ni resepi Penkek Vanilla Ibu :

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan fresh milk
1 sudu kecil soda bikabonat
1 ½ sudu gula ( ikut kemanisan yg anda perlukan)
1 biji telur
1 ½ sudu besar Mealshake ( nak jugak.. :p )
sedikit air (jika pekat)

* campurkan kesemua bahan tersebut, blend @ bancuh sehingga sebati..( xde ketul² gandum tu)
* panaskn kuali, masak tanpa minyak..biasa sy pakai pan (kuali leper ) utk hasil yg cantik..masak la sehingga masak cantik..

then boleh hidangkan.. sedap dihidang dgn madu, susu pekat, @ jem buah²..

selamat mencuba yea kwn²...

Wednesday, 5 November 2014

PEMAKANAN TAMBAHAN UTK IBU HAMIL


 Hari ni sy nk share cara pemakanan tambahan utk ibu hamil. Setiap ibu pasti sangat teruja kan bila  tahu dirinya hamil, apatah lagi jika kehamilan itu, amat dinanti nantikan... sememangnya keterujaan tu tak dapat kita elakkan.. macam saya dulu, first pregnancy saya sibuk mencari pelbagai pemakanan tambahan utk bayi saya..masa tu tk kenal lagi shaklee, saya dok cari pelbagai makanan semulajadi utk tambahkan nutrisi dan zat pd kandungan sy.. dulu sy mmg jenis tak suka ubat, ubat hospital bekalkan pon saya tak pernah makan.. jadi solution yg terbaik, saya gantikan dgn buah- buahan seperti oren, kiwi, anggur, epal utk dapatkn asid folik dan pelbagai vitamin lain.. makan sayur pon sanggup dulu-dulu...hihi... 

kehamilan anak kedua, buatkan sy penat sb sy dah bekerja semasa hamil anak kedua.. nk cari buah-buahan mcm dulu mmg tak sanggup dah, sb badan pon penat kan.. sehingga saya mencuba SET KEHAMILAN SHAKLEE ni.. first suplemen sy cuba ialah OSTEMATRIX.. mmg berkesan utk masalah penat badan dan sakit2 urat.. bulan berikutnya barulah sy mencuba set2 kesihatan yg lain..dan sememangnya mengujakan saya... terrrbaiiik sgt.. 

ni dia SET KEHAMILAN SHAKLEE




Sedikit panduan utk ibu hamil jadikan panduan pemakanan tambahan.. selamat beramal!


Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung...

(1) B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

(2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie is a multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya.

(3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

(4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

(5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.

(6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough.DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & mata baby, ya. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.


utk konsulatasi, blh hubungi saya:
017-9287250
faizah kmz

APA DIA OMEGA GUARD??? KELEBIHAN OMEGA GUARD....

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Fungsi EPA
*Mencegah kanser
*Mencegah pembekuan darah
*Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
*Baik untuk pesakit jantung
*Menghindar tekanan perasaan
*Mencegah penyakit darah tinggi

Tugas DHA
*Mencegah asma
*Meningkatkan daya seksual
*Mencegah sakit kulit
*Mengelakkan kanser payu dara
*Mengelak kanser prostat
*Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
*Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?

# Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

# Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

# Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

# Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Sunday, 2 November 2014

OMEGA GUARD PROMOSI NOVEMBER!!

Hallooo...Haii..Assalamualaikumm

Bulan baru November datang lagi...jap je kan dh nk masuk hujung tahun...rasa baru je beranakkn Iman Husna..rupanya dh masuk 9 bulan si kecik ibu ni...

Ok dah kita start utk PROMOSI BULAN NOVEMBER...!!

Shaklee buat promosi utk OMEGA GUARD... jom kita kaji apa dia OMEGA GUARD,,
Siapa yg perlukannya??? Apa KHASIAT @ KELEBIHAN OMEGA GUARD ni??


BULAN NOVEMBER NI, SHAKLEE BG TAWARAN TERBAIKK PUNYA.. BIASA PROMO BELI 6 FREE 1 KN..

BULAN NI , DALAM SEJARAH SHAKLEE TAWARKAN PROMOSI :
√ BELI 6 FREE 1

• PERCUMA KEAHLIAN
• BONUS UTK BULAN HADAPAN
• BELIAN PRODUK SEHINGGA 25%

√ BELI TWIN PACK ( 2 BOTOL) 

• DAPAT DISKAUN 5% DR SHAKLEE..

UNTUNG LEBIHHH!!!
SAPA TAK NAK KAN..!!


NK DPTKAN PRODUK SHAKLEE DGN HRGA KASIH SAYANG, BLH HUBUNGI SAYA:
FAIZAH KMZ
017-9287250

SID ANDA
area Putrajaya, Puchong

ATASI MASALAH ANAK KURANG PANDAI @ BIJAK!!

Ok..ni testimoni kakak sy sendiri..
Dia mengadu pasal anak dia yg kurang ' pick up ' sikit dlm pelajaran..kira lemah la..selalu dpt D, C... A @ B mmg jarang la...

So dia tanyakn sy suplemen utk otak anak²..
Saya suggest utk dia OMEGA GUARD...
seperti mana yg kita tahu OMEGA GUARD ni mmg kaya dgn minyak ikan DHA 99% dari minyak ikan yg boleh membantu merangsang perkembangan otak anak²...

So, sebulan kemudian dia call, beritahu anak dia ada  peningkatan dlm pelajaran..kakak sy ni cikgu, so mlm² dia akan ajar dan pantau anak² dia buat kerja sekolah..sb tu dia dpt detect perubahan yg dialami oleh anaknya...
ni result terbaru dia...


Memang berbaloi la...!! Tahniah utk anak sedara sy....

NI SET UTK MINDA GENIUS..

Omega Guard ni jgk sesuai diambil oleh mereka:

√ ASTHMA
√ IBU HAMIL
√ IBU MENYUSU
√GOUT
√ SAKIT JANTUNG
√ KANSER
√ DARAH TINGGI
√ YG NK KURUS!!

next entry sy akan citer detail tentang bagaimana OMEGA GUARD mampu utk mengatasi masalah² tersebut...


NK DAPATKN KONSULATASI: 
HUBUNGI SY SID ANDA!!
969731
FAIZAH KMZ
017-9287250

Sunday, 26 October 2014

Kulit Cantik dan Lembut!! MASKER SHAKLEE

Malam ni sy nk share something utk pembaca semua...!!

Dalam byk² produk Shaklee ni, ada antara yg kita blh buat MASKER & SKRUB..ni sya senaraikan::

~ ALFAFA
~ VIVIX
~ ESP
~ COLLAGEN POWDER
~ VITAMIN C
~ VITAMIN E

Saya paling suka buat SKRUB ALFAFA..!!
Serius!!.. Kulit rasa lembut gitu!!!

√ Utk kulit cerah berseri, korang blh cuba MASKER ESP @ COLLAGEN POWDER..
Hasil Masker ni..kulit jd cerah berseri dan tegang mcm cucuk botox uolls...tp kena amal selalu la...hihi..

√ Utk kulit BEBAS JERAWAT, korang boleh cuba MASKER VITAMIN C..
~ Yang ni mmg superb!! Jerawat yg nk timbul seketul² tu, korang pecahkn VITAMIN C pastu letak air sikit... tepek kt jerawat...esok confirm kecut jerawat korang!! Masakan tidak, VITAMIN C SHAKLEE difomulasikan drp 7.5biji buah OREN... mmg bgus sgt la utk kulit... yg ni tak boleh amal selalu...nt kulit kering..hihi..memadai buat seminggu sekali..

√ utk TEGANG & AWET MUDA, uolls patut cuba Masker VIVIX  & COLLAGEN POWDER... ni mng terbukti..ramai yg dh cuba.. caranya : ambil sudu kecik VIVIX tepek kt muka..tgu kering dan bilas..

utk COLLAGEN POWDER plak.. guna 1/3 dr sachet tu, letak air sikit then tepek kt muka.. tunggu kering then bilas... korang akan rasa kesan yg cepat..kulit rasa tegang gitu!!

√ Utk HILANGKAN PARUT... MASKER VITAMIN E mmg sesuai...sb Vitamin E sendiri pon berfungsi sbg memudarkan parut²... so korang yg ada parut² jerawat kt muka tu, blh cuba ni..yg ni paling simple..ambil sebiji VITAMIN E, picitkn hujungnya..amik minyak VITAMIN E tu sapu je kt muka.. dlm 15 minit ke 20 minit.. lps tu bilas...

utk korang yg rasa tamak nk cantik mcm aii.. korang blh campurkan je VITAMIN² kt atas tu, then buat masker...hihi.. macam aii selalu buat. .

1- ESP + VIT C
2- VIT C + ALFAFA
3- VIT E + VIT C
4- ESP + COLLAGEN POWDER
5- VIVIX + COLLAGEN POWDER
6- ESP + VIVIX + COLLAGEN POWDER

Cuba la..korang pasti tak menyesal!!!

nk order MASKER² SEMULAJADI DI ATAS::
hubungi saya:

NURUL FAIZAH
017-9287250
SID :969731

Masker VIVIX + COLLAGEN POWDER


Kami suami Isteri bermasker

VIVIX + VITAMIN E + ESP

di bawah ni antara contoh Resepi Masker Shaklee hasil carian mok cik gugel..hihi

Wednesday, 22 October 2014

Bengkak Susu!! Cara atasinya


Saluran susu yang tersumbat bukanlah satu masalah luarbiasa, tetapi jika tidak dirawat akan mengakibatkan mastitis. Disini ada beberapa tip untuk mengatasi masalah saluran susu yang tersumbat.

Saluran susu yang tersumbat berlaku apabila satu atau beberapa saluran susu tersekat. Ini boleh berlaku jika payudara mengalami tekanan (misalnya dengan memakai coli berdawai), atau tidak dikosongkan sepenuhnya sewaktu menyusu. Jika anda mengalami masalah saluran susu tersumbat, payudara anda akan menjadi hangat, bengkak, merah dan keras dikawasan dimana saluran susu tersebut tersumbat. Anda kemudiannya akan merasa tidak sihat dengan demam, seperti anda dihidapi selsema. Demam dan payudara yang mengerasHubungi Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda, Pusat Keluarga Plunket atau konsultan laktasi dengan segera jika payudara mula merasa menjadi keras dan terutamanya bila anda mula mendapat demam. Ambil sesuatu untuk melegakan kesakitan dan menurunkan demam dan teruskan untuk memberi susu badan, walaupun ia merasa sakit; bayi anda adalah satu-satunya penawar yang terbaik untuk saluran susu tersumbat. Sebaik sahaja anda merasakan tanda-tanda payudara mula mengeras, cuba tip-tip dibawah: • Teruskan memberi susu badan, jika boleh setiap 2 jam sekali. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk membantu mengosongkan payudara berkenaan. Itulah penawar yang terbaik bagi anda pada waktu ini. • Beri susu dengan payudara yang mengeras sebanyak mungkin (Adalah idea yang baik untuk memulakan penyususan badan dengan payudara ini untuk selama satu atau dua hari). Jika bayi anda bermasalah untuk berpaut pada putting payudara, mulakan dengan mengeluarkan susu sendiri sedikit demi sedikit untuk membuatkan areola lembut dan mudah untuk dipaut bayi. • Pastikan tidak ada apa-apa yang menekan keatas payudara anda. Gunakan coli yang longgar, yang tidak meninggalkan sebarang kesan pada kulit anda. • Sesuatu yang hangat membantu. Letakkan sesuatu yang hangat (beg pemanas) diatas payudara yang mengeras (tetapi jangan ditekankan). Anda akan dapati ia melegkan kesakitan jika anda meletakkan payudara yang mengeras dibawah air pancuran yang hangat dengan pancutan ‘soft-jetting’ • Gunakan teknik pemampatan payudara sewaktu bayi menyusu. Letakkan tangan anda pada saluran yang tersumbat, kekalkan tekanan yang sekata. Perlahan-lahan urutkan bahagian tersebut dengan gerakan bulatan menuju kearah putting sewaktu menyususkan bayi juga membantu. Tetapi lakukannya dengan lembut dan berhati-hati. • Tukarkan posis bayi pada payudara supaya pipinya menghadap kebahagian yang mengeras. Cuba baring dan susukan bayi sambil memgangnya. • Tidur dengan cukup, kekalkan kehangatan tubuh (terutama sekali untuk payudara anda), minum air dengan banyak dan pastikan anda mendapat banyak waktu yang tenang, rehat dab belai diri anda. Anda sebenarnya adalah makanan, dan makanan sekarang ini menjadi sakit! • Jika bayi anda tidak mahu minum dengan cukup, keluarkan susu dengan tangan anda pada payudara yang terkesan menggunakan pam payudara, sehingga ia merasa lembut kembali. Tetapi jangan pam terlalu banyak, kerana ini akan meningktkan lagi pengeluaran susu anda. Ianya memerlukan kesabaran untuk merawat saluran susu yang tersumbat. Tetapi anda sepatutnya merasa lebih lega selepas 12 jam, dan pada waktu itu anda tahu akan akan pulih tidak lama lagi. Demam anda akan hilang sedikit masa lagi dan payudara anda akan menjadi kurang merah dan bengkak. Teruskan untuk menuruti panduan diatas sehingga anda benar-benar sembuh. Ini mungkin akan mengambil masa dua tiga hari.Yang paling penting, anda terus rasa bertambah baik. Jika saluran yang tersumbat itu terus begitu selama lebih 48 jam, ‘therapeutic ultrasound ‘ mungkin berkesan. Tanyakan pada fisio atau Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda.Mastitis jika saluran yang tersumbat itu tidak hilang, jika putting anda pecah-pecah dan demam anda berlarutan lebih dari 12 jam, anda mungkin menghidapi mastitis. Hubungi Pegawai Penjaga Materniti (LMC) atau konsultan laktasi segera untuk mendapatkan nasihat. Kadangkala antibiotic adalah perlu untuk untuk menghapuskan jangkitan. Tetapi anda tidak perlu berhenti menyusu badan. Pernahkah anda mengalami masalah saluran tersumbat? Beritahu kami tentangnya disini. Jika anda ada masalah menyusu badan ada banyak tempat yang anda boleh pergi untuk mendapatkan bantuan. Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda boleh membantu masalah penyususan badan anda dengan segera sebagai bantuan pertama. Jika anda perlukan lebih sokongan lagi, telefon Pusat Keluarga Plunket dan minta untuk berjumpa konsultan laktasi, atau telefon talian PlunketLine 0800 933 922. Anda boleh mencari konsultan laktasi persendirian di www.nzlca.org.nz – terdapat caj yang perlu dibayar. La Leche League juga menawarkan sokongan penyususan badan – lawati www.lalecheleague.org.nz

Thursday, 2 October 2014

Meatballs Ala-ala IKEA...Mudah & Pantas!

Assalamualaikum...

Entry kali ni sy nk share 1 resepi ringkas! Mudah!  Senang!..

Nak kata sy ni pandai memasak..tidak la..ckup je la..apa yg suami dan anak² nk makan sy blh buatkan...
Tu pon..tengok pd kerajinan daku la...hahaaha..
Ada mood baru masak².. kalau tk kat luar jgk akhirnya...

Meatballs ni suami x pernah lg makan... yg mcm gmbr kt IKEA... jakun sungguh kami...IKEA pon kami xpernah pergi.... kekeke

Ok ni resepi yg dijanjikn..

~Meatballs Ala-ala IKEA~

Bahan² utk Meatball

1) 1 paket daging cincang.. ( sy guna jenama Ramly)
2) 1 bj bwg besar... cincang halus
3) ½ sudu kecil garam
4) 1 sudu kecil lada sulah..
5) 2 bj telur ayam
6) 1/2 cawan serbuk roti
7) 2@3 titis myk..utk bg x melekat kt tgn je pon...

- gaul kesemua bahan tu..gaul biar sebati..
- gentel bulat².. ikut suka hati korang nk besar mna..
- susun kt tray dan bakar selama 40 minit dgn suhu 200°c.
- dah masak boleh hidangkn...

utk gravy @ kuah sos lada hitam

1) 3  ulas bwg putih* tumbuk halus
2) 2@3 sudu lada hitam..* tumbuk halus
3) 1 cwn air.. yg ni agak2 sendiri la..byk mna nk buat kuahnya..
4) 2 sudu sos tiram
5) 2 sudu sos tomato
6) 3 sudu tepung gandum * bancuh utk pekatkn kuah..
7) gula & garam seckup rasa..

- masukkan kesemua bahan tersebut kecuali tepung gandum yg di bancuh..
- masak smpai mendidih..
- baru masukkan tepung gandum yg dibancuh td...
- masak kuah sehingga pekat...

* utk dapatkn sos lada hitam yg smooth..xde nmpk biji2 lada hitam tu..lps masak sos..sejukkn dn kemudian blend semula.. jd sos lada hitam nmpk cntik je...( sy x buat pon..sb nk makan cpt)..hihi..

### bila dah siap..susun meatballs dlm pinggan, curahkn sos lada hitam atasnya...dan letak la sedikit jem Strawberi ke Bluebery ke apa ke..jnji jem yg berasaskn buah..jgn letak kaya sudah...pitam mak nanti!!

Thursday, 25 September 2014

Ekzema!!…Awas!!

Ekzema?
Kulit kering dan gatal²..

Asyik dok tergaru.-garu...
Mmg haru biru la nt...

Tgh jln asyyik garu²...
Nk tidoo pon dok tergaru² lg.

Jom cari penyelesaiannya!!

Mealshake + Alfafa + Vit C (utk dewasa)

Mealshake + Omega Guard + Vit C Chewable (anak²)



Tambah Selera Anak-anak

Hubungi saya
Pengedar Shaklee Anda

Nurul Faizah Kmz
017-9287250
pm/whatapps/call



Thursday, 5 June 2014

SUSU MERIAH? POWER PUMPING ADALAH PENTING!

POWER PUMPING ~ salah satu kaedah meningkatkan penghasilan susu badan
Apa itu Power Pumping?
  • teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
  • melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik
  • Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
  • Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
  • Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.
Bagaimana Nak Buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam (walaupun susu tak keluar, tak pe habis kan sesi sejam tu).

Macammana tu ?? Haaa, ini dia secara ringkasnya :-

0-10min : Pam B1
10-20 min : Pam B2
20-30 min : Pam B1
30-40 min : Pam B2
40 – 50 min : Pam B1
50 – 60 min : Pam B2
Nota : bergilir2 payudara sebelah kanan dan kiri. Buat sehingga sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam (waktu rehat tu cuba minum seteguk air ok).


Ini pulak kalo anda guna double pumping :-


0-10min : Pam
10-20 min : Rehat
20-30 min : Pam
30-40 min : Rehat
40 – 50 min : Pam
50 – 60 min : Rehat

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam. (saya suka teknik nie, lumba sama ada baby kenyang dulu atau botol penuh dulu.., baby saya pun macam dah faham je, ehehehehe)
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-3jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)
Untuk mama-mama diluar sana yang mengambil suplemen bagi menjayakan penyususan, anda haruslah :-
  • Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya.
Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules.
  • Minum air sebanyak 3 liter.
Minum sedikit tetapi istiqamah, Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita. Saya selalu memesan pada ibu-ibu untuk sukat air minuman supaya kita tahu berapa kita dah minum setiap hari. Cara mudah, sediakan bekas air 1L, letak di tempat yang senang Nampak dan senang dicapai. Habis kan setiap 1L dari pagi – lunch hour, lunch hour-petang, petang-malam. InsyaAllah, ianya mudah.
  • DOA yang berterusan.
Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Disamping itu boleh amalkan baca surah al-waqiah dan zikir.

# SUPLEMEN YG MEMBANTU ANDA DALAM MENGHASILKAN SUSU BADAN YG MERIAH!!


Sunday, 4 May 2014

PENAPIS AIR YG PALING MURAH & JIMAT!!!

SET LENGKAP WATER PITCHER SHAKLEE





KEISTIMEWAAN JAG PENAPIS AIR MUDAH ALIH

SELAMAT
-menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing lain.
-mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air.
-diiktiraf dari Persatuan Kualiti Air (WQA)

HANDAL
-menghasilkan air bersih sebanyak 303 liter air (80gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama penapis yang lain bersamaan dengan 202 botol mineral 1.5 liter.
-dibekalkan 3 penapis yang boleh ditukar.

MESRA ALAM
-memelihara alam sekitar
-menggunakan system Penuras Jag Air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ia dapat mengurangkan timbunan sisa.
-setiap penuras diperbuat dari tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar

MURAH
-menjimatkan penggunaan air botol mineral
-dengan hanya beberapa sen seliter, dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak.
-mempunyai meter yang bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukarnya tanpa perlu mengagaknya.
-tidak perlukan elektrik.

Sesuai digunakan untuk:
- homestay
- bercuti
- balik kampong
- berkelah
- di pejabat
- bilik2 khas utk perjumpaan
- surau atau masjid
- anak2 yang duduk diasrama
- bilik mesyuarat
- bilik persendirian dan banyak lagi

SET LENGKAP WATER PITCHER SHAKLEE (RM460)

Friday, 18 April 2014

PETUA UNTUK SAKIT TEKAK

Assalamualaikum...

Hari saya nk kongsi petua utk orang SAKIT TEKAK..
Sakit tekak ni memang buatkan kita x selesa kan...
untuk makan, bercakap, nk tidur pon susah kan..asyik dok main geli anak tekak je kan....

Baru2 ni..saya alami perkara yg sama... 
Gigih sy mencari petua utk hilangkan sakit tekak ni...

so sy jumpa 1 artikel ni..
meh sy kongsikan utk anda....


BAHAN2 YANG DIPERLUKAN...


Ramuan khas untuk sakit tekak.

Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu 

1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar. 
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya. 
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.

Selamat mencuba!





Saturday, 12 April 2014

Petua Mudah Tambah Susu


Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1. Kerap menyusu
Semakin
 kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

5. Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan

******************************************

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.



antara suplemen yg boleh membantu ibu2..






Friday, 28 March 2014

Tips pemakanan semasa mengandung


Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas – sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) – sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan – sebab nanti air mentuban berbau busuk.

4) Jangan minum ais – sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan – takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-

1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an – biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.
1) Amalan Pemakanan berkhasiat

Ibu2 mengandung sedia maklum kandungan gizi pemakanan seimbang yang harus di ambil setiap hari mestilah terdiri daripada :

a) Protein

- membina, membaiki dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

b)Karbohidrat
- memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

c)Lemak
- memanaskan badan dan menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan seperti hati. Terdapat di dalam minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

d)Vitamin
- menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam buah-buahan, sayuran.

e)Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang dan makanan laut. *mak buyung tak suka makan sayuran hijau, jadi ganti dengan buah strawberi & brocolli yang lazat*

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
 
All Rights Reserved By SihatVittaShoppe Design by Qiela Azman