Tuesday, 18 November 2014

VITAMIN C SUSTAINE RELEASE





VITAMIN C SUSTAINE RELEASE

# Tugas utama vitamin C ni adalah mengekalkan tahap kolagen dalam tubuh manusia. Macam yang kita tau kolagen ni untuk mengekalkan kulit supaya nampak anjal dan muda jelita, tapi sebenarnya bukan itu saja, fungsi utama kolagen adalah sebagai tisu penghubung dalam kulit, ligamen dan tulang. Tugas lain vitamin C adalah seperti membantu dalam penyembuhan luka, menghalang jangkitan penyakit dan membantu mengendalikan stress.

**************************************************
Manfaat daripada pengambilan vitamin C adalah terlalu banyak. Tahu tak bahawa Vitamin C juga sebenarnya mengambil peranan dalam pembentukan dan susunan gigi dan tulang serta melindungi dentin dan juga pulpa gigi.

++ Vitamin C memainkan peranan dalam penyembuhan luka dan melecur. Ini adalah kerana ia memudahkan pembentukan jaringan tisu pada bekas luka. Selain itu, ia juga membantu membentuk sel darah merah dan mencegah pendarahan.

++ Vitamin C juga menghalang jangkitan bakteria dan membantu mengurangkan risiko alergi kepada tubuh badan. Oleh kerana itu, Vitamin C sering digunakan untuk menghalang dan mengubati jangkitan selesema.

++ Vitamin C juga dikatakan menurunkan kolestrol dalam darah pesakit yang mengalami arteriosclerosis. Dengan pertambahan umur, lebih banyak Vitamin C yang diperlukan kerana lebih banyak Vitamin C yang diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kalau cukup vitamin C kulit pun lambat berkedut. So tak payah gaduh nak suntik-suntik kolagen bagai.

Dalam keadaan yang tertekan pula, tahap penggunaan vitamin C akan meningkat. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan perlu diambil sentiasa bagi mereka yang sering berada dalam keadaan yang tertekan. Ini penting bagi membolehkan seseorang itu melakukan tindakan yang bertepatan dan mengikut tatasusila manusia. Mungkin orang sekarang tak cukup vitamin C agaknya... Sebab tu la ramai yang bertindak semakin ganas dan kejam kan??

Banyak sungguh keperluan Vitamin C dalam tubuh manusia ni kan? Tapi utk mendapatkan semua itu anda perlu memilih vitamin C yang terbaik

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved By SihatVittaShoppe Design by Qiela Azman