Wednesday, 22 October 2014

Bengkak Susu!! Cara atasinya


Saluran susu yang tersumbat bukanlah satu masalah luarbiasa, tetapi jika tidak dirawat akan mengakibatkan mastitis. Disini ada beberapa tip untuk mengatasi masalah saluran susu yang tersumbat.

Saluran susu yang tersumbat berlaku apabila satu atau beberapa saluran susu tersekat. Ini boleh berlaku jika payudara mengalami tekanan (misalnya dengan memakai coli berdawai), atau tidak dikosongkan sepenuhnya sewaktu menyusu. Jika anda mengalami masalah saluran susu tersumbat, payudara anda akan menjadi hangat, bengkak, merah dan keras dikawasan dimana saluran susu tersebut tersumbat. Anda kemudiannya akan merasa tidak sihat dengan demam, seperti anda dihidapi selsema. Demam dan payudara yang mengerasHubungi Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda, Pusat Keluarga Plunket atau konsultan laktasi dengan segera jika payudara mula merasa menjadi keras dan terutamanya bila anda mula mendapat demam. Ambil sesuatu untuk melegakan kesakitan dan menurunkan demam dan teruskan untuk memberi susu badan, walaupun ia merasa sakit; bayi anda adalah satu-satunya penawar yang terbaik untuk saluran susu tersumbat. Sebaik sahaja anda merasakan tanda-tanda payudara mula mengeras, cuba tip-tip dibawah: • Teruskan memberi susu badan, jika boleh setiap 2 jam sekali. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk membantu mengosongkan payudara berkenaan. Itulah penawar yang terbaik bagi anda pada waktu ini. • Beri susu dengan payudara yang mengeras sebanyak mungkin (Adalah idea yang baik untuk memulakan penyususan badan dengan payudara ini untuk selama satu atau dua hari). Jika bayi anda bermasalah untuk berpaut pada putting payudara, mulakan dengan mengeluarkan susu sendiri sedikit demi sedikit untuk membuatkan areola lembut dan mudah untuk dipaut bayi. • Pastikan tidak ada apa-apa yang menekan keatas payudara anda. Gunakan coli yang longgar, yang tidak meninggalkan sebarang kesan pada kulit anda. • Sesuatu yang hangat membantu. Letakkan sesuatu yang hangat (beg pemanas) diatas payudara yang mengeras (tetapi jangan ditekankan). Anda akan dapati ia melegkan kesakitan jika anda meletakkan payudara yang mengeras dibawah air pancuran yang hangat dengan pancutan ‘soft-jetting’ • Gunakan teknik pemampatan payudara sewaktu bayi menyusu. Letakkan tangan anda pada saluran yang tersumbat, kekalkan tekanan yang sekata. Perlahan-lahan urutkan bahagian tersebut dengan gerakan bulatan menuju kearah putting sewaktu menyususkan bayi juga membantu. Tetapi lakukannya dengan lembut dan berhati-hati. • Tukarkan posis bayi pada payudara supaya pipinya menghadap kebahagian yang mengeras. Cuba baring dan susukan bayi sambil memgangnya. • Tidur dengan cukup, kekalkan kehangatan tubuh (terutama sekali untuk payudara anda), minum air dengan banyak dan pastikan anda mendapat banyak waktu yang tenang, rehat dab belai diri anda. Anda sebenarnya adalah makanan, dan makanan sekarang ini menjadi sakit! • Jika bayi anda tidak mahu minum dengan cukup, keluarkan susu dengan tangan anda pada payudara yang terkesan menggunakan pam payudara, sehingga ia merasa lembut kembali. Tetapi jangan pam terlalu banyak, kerana ini akan meningktkan lagi pengeluaran susu anda. Ianya memerlukan kesabaran untuk merawat saluran susu yang tersumbat. Tetapi anda sepatutnya merasa lebih lega selepas 12 jam, dan pada waktu itu anda tahu akan akan pulih tidak lama lagi. Demam anda akan hilang sedikit masa lagi dan payudara anda akan menjadi kurang merah dan bengkak. Teruskan untuk menuruti panduan diatas sehingga anda benar-benar sembuh. Ini mungkin akan mengambil masa dua tiga hari.Yang paling penting, anda terus rasa bertambah baik. Jika saluran yang tersumbat itu terus begitu selama lebih 48 jam, ‘therapeutic ultrasound ‘ mungkin berkesan. Tanyakan pada fisio atau Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda.Mastitis jika saluran yang tersumbat itu tidak hilang, jika putting anda pecah-pecah dan demam anda berlarutan lebih dari 12 jam, anda mungkin menghidapi mastitis. Hubungi Pegawai Penjaga Materniti (LMC) atau konsultan laktasi segera untuk mendapatkan nasihat. Kadangkala antibiotic adalah perlu untuk untuk menghapuskan jangkitan. Tetapi anda tidak perlu berhenti menyusu badan. Pernahkah anda mengalami masalah saluran tersumbat? Beritahu kami tentangnya disini. Jika anda ada masalah menyusu badan ada banyak tempat yang anda boleh pergi untuk mendapatkan bantuan. Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda boleh membantu masalah penyususan badan anda dengan segera sebagai bantuan pertama. Jika anda perlukan lebih sokongan lagi, telefon Pusat Keluarga Plunket dan minta untuk berjumpa konsultan laktasi, atau telefon talian PlunketLine 0800 933 922. Anda boleh mencari konsultan laktasi persendirian di www.nzlca.org.nz – terdapat caj yang perlu dibayar. La Leche League juga menawarkan sokongan penyususan badan – lawati www.lalecheleague.org.nz

No comments:

Post a Comment

 
All Rights Reserved By SihatVittaShoppe Design by Qiela Azman