Sunday, 26 October 2014

Kulit Cantik dan Lembut!! MASKER SHAKLEE

Malam ni sy nk share something utk pembaca semua...!!

Dalam byk² produk Shaklee ni, ada antara yg kita blh buat MASKER & SKRUB..ni sya senaraikan::

~ ALFAFA
~ VIVIX
~ ESP
~ COLLAGEN POWDER
~ VITAMIN C
~ VITAMIN E

Saya paling suka buat SKRUB ALFAFA..!!
Serius!!.. Kulit rasa lembut gitu!!!

√ Utk kulit cerah berseri, korang blh cuba MASKER ESP @ COLLAGEN POWDER..
Hasil Masker ni..kulit jd cerah berseri dan tegang mcm cucuk botox uolls...tp kena amal selalu la...hihi..

√ Utk kulit BEBAS JERAWAT, korang boleh cuba MASKER VITAMIN C..
~ Yang ni mmg superb!! Jerawat yg nk timbul seketul² tu, korang pecahkn VITAMIN C pastu letak air sikit... tepek kt jerawat...esok confirm kecut jerawat korang!! Masakan tidak, VITAMIN C SHAKLEE difomulasikan drp 7.5biji buah OREN... mmg bgus sgt la utk kulit... yg ni tak boleh amal selalu...nt kulit kering..hihi..memadai buat seminggu sekali..

√ utk TEGANG & AWET MUDA, uolls patut cuba Masker VIVIX  & COLLAGEN POWDER... ni mng terbukti..ramai yg dh cuba.. caranya : ambil sudu kecik VIVIX tepek kt muka..tgu kering dan bilas..

utk COLLAGEN POWDER plak.. guna 1/3 dr sachet tu, letak air sikit then tepek kt muka.. tunggu kering then bilas... korang akan rasa kesan yg cepat..kulit rasa tegang gitu!!

√ Utk HILANGKAN PARUT... MASKER VITAMIN E mmg sesuai...sb Vitamin E sendiri pon berfungsi sbg memudarkan parut²... so korang yg ada parut² jerawat kt muka tu, blh cuba ni..yg ni paling simple..ambil sebiji VITAMIN E, picitkn hujungnya..amik minyak VITAMIN E tu sapu je kt muka.. dlm 15 minit ke 20 minit.. lps tu bilas...

utk korang yg rasa tamak nk cantik mcm aii.. korang blh campurkan je VITAMIN² kt atas tu, then buat masker...hihi.. macam aii selalu buat. .

1- ESP + VIT C
2- VIT C + ALFAFA
3- VIT E + VIT C
4- ESP + COLLAGEN POWDER
5- VIVIX + COLLAGEN POWDER
6- ESP + VIVIX + COLLAGEN POWDER

Cuba la..korang pasti tak menyesal!!!

nk order MASKER² SEMULAJADI DI ATAS::
hubungi saya:

NURUL FAIZAH
017-9287250
SID :969731

Masker VIVIX + COLLAGEN POWDER


Kami suami Isteri bermasker

VIVIX + VITAMIN E + ESP

di bawah ni antara contoh Resepi Masker Shaklee hasil carian mok cik gugel..hihi

Wednesday, 22 October 2014

Bengkak Susu!! Cara atasinya


Saluran susu yang tersumbat bukanlah satu masalah luarbiasa, tetapi jika tidak dirawat akan mengakibatkan mastitis. Disini ada beberapa tip untuk mengatasi masalah saluran susu yang tersumbat.

Saluran susu yang tersumbat berlaku apabila satu atau beberapa saluran susu tersekat. Ini boleh berlaku jika payudara mengalami tekanan (misalnya dengan memakai coli berdawai), atau tidak dikosongkan sepenuhnya sewaktu menyusu. Jika anda mengalami masalah saluran susu tersumbat, payudara anda akan menjadi hangat, bengkak, merah dan keras dikawasan dimana saluran susu tersebut tersumbat. Anda kemudiannya akan merasa tidak sihat dengan demam, seperti anda dihidapi selsema. Demam dan payudara yang mengerasHubungi Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda, Pusat Keluarga Plunket atau konsultan laktasi dengan segera jika payudara mula merasa menjadi keras dan terutamanya bila anda mula mendapat demam. Ambil sesuatu untuk melegakan kesakitan dan menurunkan demam dan teruskan untuk memberi susu badan, walaupun ia merasa sakit; bayi anda adalah satu-satunya penawar yang terbaik untuk saluran susu tersumbat. Sebaik sahaja anda merasakan tanda-tanda payudara mula mengeras, cuba tip-tip dibawah: • Teruskan memberi susu badan, jika boleh setiap 2 jam sekali. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda untuk membantu mengosongkan payudara berkenaan. Itulah penawar yang terbaik bagi anda pada waktu ini. • Beri susu dengan payudara yang mengeras sebanyak mungkin (Adalah idea yang baik untuk memulakan penyususan badan dengan payudara ini untuk selama satu atau dua hari). Jika bayi anda bermasalah untuk berpaut pada putting payudara, mulakan dengan mengeluarkan susu sendiri sedikit demi sedikit untuk membuatkan areola lembut dan mudah untuk dipaut bayi. • Pastikan tidak ada apa-apa yang menekan keatas payudara anda. Gunakan coli yang longgar, yang tidak meninggalkan sebarang kesan pada kulit anda. • Sesuatu yang hangat membantu. Letakkan sesuatu yang hangat (beg pemanas) diatas payudara yang mengeras (tetapi jangan ditekankan). Anda akan dapati ia melegkan kesakitan jika anda meletakkan payudara yang mengeras dibawah air pancuran yang hangat dengan pancutan ‘soft-jetting’ • Gunakan teknik pemampatan payudara sewaktu bayi menyusu. Letakkan tangan anda pada saluran yang tersumbat, kekalkan tekanan yang sekata. Perlahan-lahan urutkan bahagian tersebut dengan gerakan bulatan menuju kearah putting sewaktu menyususkan bayi juga membantu. Tetapi lakukannya dengan lembut dan berhati-hati. • Tukarkan posis bayi pada payudara supaya pipinya menghadap kebahagian yang mengeras. Cuba baring dan susukan bayi sambil memgangnya. • Tidur dengan cukup, kekalkan kehangatan tubuh (terutama sekali untuk payudara anda), minum air dengan banyak dan pastikan anda mendapat banyak waktu yang tenang, rehat dab belai diri anda. Anda sebenarnya adalah makanan, dan makanan sekarang ini menjadi sakit! • Jika bayi anda tidak mahu minum dengan cukup, keluarkan susu dengan tangan anda pada payudara yang terkesan menggunakan pam payudara, sehingga ia merasa lembut kembali. Tetapi jangan pam terlalu banyak, kerana ini akan meningktkan lagi pengeluaran susu anda. Ianya memerlukan kesabaran untuk merawat saluran susu yang tersumbat. Tetapi anda sepatutnya merasa lebih lega selepas 12 jam, dan pada waktu itu anda tahu akan akan pulih tidak lama lagi. Demam anda akan hilang sedikit masa lagi dan payudara anda akan menjadi kurang merah dan bengkak. Teruskan untuk menuruti panduan diatas sehingga anda benar-benar sembuh. Ini mungkin akan mengambil masa dua tiga hari.Yang paling penting, anda terus rasa bertambah baik. Jika saluran yang tersumbat itu terus begitu selama lebih 48 jam, ‘therapeutic ultrasound ‘ mungkin berkesan. Tanyakan pada fisio atau Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda.Mastitis jika saluran yang tersumbat itu tidak hilang, jika putting anda pecah-pecah dan demam anda berlarutan lebih dari 12 jam, anda mungkin menghidapi mastitis. Hubungi Pegawai Penjaga Materniti (LMC) atau konsultan laktasi segera untuk mendapatkan nasihat. Kadangkala antibiotic adalah perlu untuk untuk menghapuskan jangkitan. Tetapi anda tidak perlu berhenti menyusu badan. Pernahkah anda mengalami masalah saluran tersumbat? Beritahu kami tentangnya disini. Jika anda ada masalah menyusu badan ada banyak tempat yang anda boleh pergi untuk mendapatkan bantuan. Pegawai Penjaga Materniti (LMC) anda boleh membantu masalah penyususan badan anda dengan segera sebagai bantuan pertama. Jika anda perlukan lebih sokongan lagi, telefon Pusat Keluarga Plunket dan minta untuk berjumpa konsultan laktasi, atau telefon talian PlunketLine 0800 933 922. Anda boleh mencari konsultan laktasi persendirian di www.nzlca.org.nz – terdapat caj yang perlu dibayar. La Leche League juga menawarkan sokongan penyususan badan – lawati www.lalecheleague.org.nz

Thursday, 2 October 2014

Meatballs Ala-ala IKEA...Mudah & Pantas!

Assalamualaikum...

Entry kali ni sy nk share 1 resepi ringkas! Mudah!  Senang!..

Nak kata sy ni pandai memasak..tidak la..ckup je la..apa yg suami dan anak² nk makan sy blh buatkan...
Tu pon..tengok pd kerajinan daku la...hahaaha..
Ada mood baru masak².. kalau tk kat luar jgk akhirnya...

Meatballs ni suami x pernah lg makan... yg mcm gmbr kt IKEA... jakun sungguh kami...IKEA pon kami xpernah pergi.... kekeke

Ok ni resepi yg dijanjikn..

~Meatballs Ala-ala IKEA~

Bahan² utk Meatball

1) 1 paket daging cincang.. ( sy guna jenama Ramly)
2) 1 bj bwg besar... cincang halus
3) ½ sudu kecil garam
4) 1 sudu kecil lada sulah..
5) 2 bj telur ayam
6) 1/2 cawan serbuk roti
7) 2@3 titis myk..utk bg x melekat kt tgn je pon...

- gaul kesemua bahan tu..gaul biar sebati..
- gentel bulat².. ikut suka hati korang nk besar mna..
- susun kt tray dan bakar selama 40 minit dgn suhu 200°c.
- dah masak boleh hidangkn...

utk gravy @ kuah sos lada hitam

1) 3  ulas bwg putih* tumbuk halus
2) 2@3 sudu lada hitam..* tumbuk halus
3) 1 cwn air.. yg ni agak2 sendiri la..byk mna nk buat kuahnya..
4) 2 sudu sos tiram
5) 2 sudu sos tomato
6) 3 sudu tepung gandum * bancuh utk pekatkn kuah..
7) gula & garam seckup rasa..

- masukkan kesemua bahan tersebut kecuali tepung gandum yg di bancuh..
- masak smpai mendidih..
- baru masukkan tepung gandum yg dibancuh td...
- masak kuah sehingga pekat...

* utk dapatkn sos lada hitam yg smooth..xde nmpk biji2 lada hitam tu..lps masak sos..sejukkn dn kemudian blend semula.. jd sos lada hitam nmpk cntik je...( sy x buat pon..sb nk makan cpt)..hihi..

### bila dah siap..susun meatballs dlm pinggan, curahkn sos lada hitam atasnya...dan letak la sedikit jem Strawberi ke Bluebery ke apa ke..jnji jem yg berasaskn buah..jgn letak kaya sudah...pitam mak nanti!!

 
All Rights Reserved By SihatVittaShoppe Design by Qiela Azman