Friday, 18 April 2014

PETUA UNTUK SAKIT TEKAK

Assalamualaikum...

Hari saya nk kongsi petua utk orang SAKIT TEKAK..
Sakit tekak ni memang buatkan kita x selesa kan...
untuk makan, bercakap, nk tidur pon susah kan..asyik dok main geli anak tekak je kan....

Baru2 ni..saya alami perkara yg sama... 
Gigih sy mencari petua utk hilangkan sakit tekak ni...

so sy jumpa 1 artikel ni..
meh sy kongsikan utk anda....


BAHAN2 YANG DIPERLUKAN...


Ramuan khas untuk sakit tekak.

Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu 

1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar. 
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya. 
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.

Selamat mencuba!





Saturday, 12 April 2014

Petua Mudah Tambah Susu


Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1. Kerap menyusu
Semakin
 kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

4. Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

5. Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan

******************************************

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.



antara suplemen yg boleh membantu ibu2..






 
All Rights Reserved By SihatVittaShoppe Design by Qiela Azman